Wednesday, April 30, 2014

Renovate rumah?? mana hendak mula???

Assalamualaikum..salam sejahtera..adooiiii dah lame meninggalkan dunia blog ni..arini tetiba rasa hendak mencoretkan sesuatu..

Memandangkan saya dalam proses hendak renovate rumah,saya cuma hendak berkongsi perkara yang saya lakukan dalam misi merialisasikan rumah impian..hehe.Saya banyak melakukan survey melalui internet dan walk in sendiri ke kedai2 dan showrooms untuk membuat perbandingan produk dan harga.

Mula-mula saya minta sebut harga dari 2 kontraktor..sorang cina dan sorang lagi melayu..saya bandingkan harga mereka..saya dapati kontraktor melayu bagi offer lagi murah berbanding kontraktor cina..fikir punya fikir saya ambil keputusan ambil kontraktor yang cina tu walaupun harga agak mahal jugakla berbanding dengan kontraktor melayu tu.Ini adalah kerana,saya belum pernah melihat hasil kerja kontraktor melayu tersebut..cuma ada orang rekemenkan.Berbanding dengan kontraktor cina tu,rumah mak saya direnovate oleh beliau dan hasil kerjanya berkualiti dan cepat dan ramai juga pekerja kastam yang membuat renovation dengan beliau.

Walaubagaimana pun,sebelum memilih kontraktor cina tersebut,saya dan suami bercadang membeli sendiri bahan2 untuk renovation seperti tiles,pasir,simen,bata dan sebagainya dan hanya ingin mengambil upah orang buatkan sahaja.Orang hendak buatkan tidak susah cari, pekerja adik saya boleh buat.Walaubagaimana pun,saya telah menunjukkan quotation yang diberi kepada adik saya yang bekerja sebagai site supervisor dan beliau memang sudah biasa berurusan dan mengendalikan projek2 pembinaan.Menurut adik saya harga yang ditawarkan adalah berpatutan.Jika hendak dibandingkan kos membeli barang + upah orang dan memilih kontraktor cina tersebut tidak jauh beza. Tambahan pula, bahagian tempat letak kereta dihalaman rumah saya terdapat bahagian yang tidak bersimen,masih tanah dan rumput.Untuk bahagian ini,bukan calang-calang orang boleh buat.Ini kerana,sesetengah kontraktor hendak menjimatkan kos,mereka hanya simen sahaja bahagian tanah tersebut.Berbanding dengan kontraktor yang bagus mereka akan meletakkan besi sebelum kerja2 menyimen dijalankan.

Bagi pemilihan pagar pula,saya memilih jenis pagar wrought iron yang lebih murah tetapi tetap cantik berbanding pagar jenis powder coated yang agak mahal tetapi tetap cantik.Terpulang pada baget masing2la..macam saya,baget memang terhad..hehe..Bagi pemilihan autogate pula,saya memilih DOUBLE L COMPANY SEVICES AND SALES.Semasa entry ini ditulis,saya belom memilih jenis auto gate lagi.tetapi bercadang hendak memasang DC autogate jenis hybrid rm1400 termasuk installation.Tetapi untuk wiring kene tambah rm400 ini dikira paling murah stakat ini.kerana company ni akan buat underground installation dan menggunakan kabel.Bagi wiring yang bukan underground mereka guna paip sahaja susun2 tepi2 rumah dan hanya cas rm280 sahaja..Memang paling murah di ladangla..hehe..Dan semasa entry ini ditulis,company ini offer rm680 termasuk wiring untuk auto gate,door bell dan lampu luar kiri dan kanan tiang.Tetapi saya hanya buat wiring untuk autogate sahajala.Kerana saya bercadang hendak menggunakan lampu sensor solar bagi menjimatkan tenaga elektrik. Autogate jenis hybrid ni pon jenis jimat tenaga elektrik juga.

Time kasih luangkan masa baca entry saya ini..Nanti saya akan update proses2 pengubahsuaian rumah saya..bukan untuk menunjuk sekadar panduan untuk mereka2 yang sedang berkira2 hendak renovate rumah juga..wassalam



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Post a Comment