Friday, October 5, 2012

Tandem nursing

7.10.2012 : Ahad; Assalamualaikum.. entry kalinie sy nak share pasal tandem nursing..tandem nursing ialah penyusuan berganda,iaitu menyusu ketika hamil..Sekarang nie alhamdulillah sy disahkan mengandung hampir 2bln dan saya masih lagi menyusukan anak pertama yg pada ketika ini sudah mengenjak usia 1 tahun 7 bulan.

Tidaklah banyak sangat ilmu didada hendak berbicara tentang tandem nursing cuma ingin berkongsi pengalaman sendiri dan nasihat daripada doktor serta sikit2 dari bahan bacaan.

Alhamdulillah sepanjang menyusukan anak ketika hamil nie xbanyak masalah, cuma ibu perlu pastikan ibu makan makanan yang berkhasiat seperti yang disarankan dalam piramid makanan dan kalau boleh jangan berlapar..tapi biasalah selera makan ketika mengandung nie berubah, tak same macam mase kite tak mengandung..saya sendiri mengalami masalah ini.kadang-kadang tu sehari tak lalu langsung nak makan nasi last2 makan fast food jugaklah akhirnya walaupun tahu fast food nie tak bagus.tapi air bergas dan air batu memang tak ambik langsungla.

Kalau ikutkan ibu mertua saya die suruh saya stop terus dari bf anak saya yang sulung tu,katanya takut baby dalam perut tidak cukup zat sebab kakak die dah sedut zat2 yang ada.saya agak tidak setuju sebab pertama saya rasa macam tak percaya,sebab kedua saya kesihankan anak sulung saya sebab kalau nak tidur mesti nak menyusu badan dulu baru bole tidur,kalau tak memang xleh tidur. Sebab ketiga, saya memang dah niat kalau bole nk bf anak saya sehingga 2 tahun walaupun sejak dari umur 2 bulan saya terpaksa campur dengan susu formula kerana susu xbanyak sangat, tula pasal saya memang tak banyak simpan ebm (express breast milk).

Oleh sebab ingin mendapatkan kepastian saya bertanya dengan mereka-mereka yang lebih pakar.Menurut doktor saya boleh meneruskan "tandem nursing" melainkan ada berlaku pendarahan.

Sekian sahaja untuk entry kali ini,untuk maklumat lanjut para pembaca bolehlah bertanya dengan pakar laktasi ataupun pakar o&g @ pakar sakit puan. Ini sekadar berkongsi pengalaman saya yang baru satahun jagung ini.

** niat dihati ingin fully bf anak ke2 nie sehingga umur 2 tahun**



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Post a Comment