Sunday, August 5, 2012

Kerja cat mengecat

5.8.2012 :- assalamualaikum..sje nk share care mengecat yg simple memandangkan Saya baru sahaja selesai separuh jalan mengecat rumah baru yang tak seberape nak baru..

Antara peralatan asas yang perlu adalah semestinya berus cat, cat, maskin tape, tinner, bekas bancuh cat dan beberape peralatan lain yang difikirkan perlu seperti glove dan sebagainya.

Saya dan suami memilih untuk mengecat sendiri memandangkan encik suami sememangnya mempunyai pengetahuan dan sedikit kemahiran yang banyak membantu semasa proses mengecat. Tambahan pula kalau cat sendiri nie kita dah boleh jimat banyak dan bukannya susah hendak mengecat sendiri tetapi tidak dinafikan agak penat tetapi hasilnya memang puas ati sebab kita usahakan sendiri tempat kediaman kita.betul  tak?? Tetapi bagi yang lebih berkemampuan apa salahnya mengupah orang.  Terpulangla pendapat masing-masing.

Saya dan suami memilih tema hijau dan krim untuk ruang tamu dan dry kitchen kami.  Kami memilih menggunakan cat NIPPON Q-GLO kerana cat ini bole dipadam sebarang kekotoran terutamanya mural buatan anak.. hehe..tambahan pula cat ini agak glowing sekiranya terkena pantulan cahaya lampu dan kelihatan agak cantik. Selain itu, warna q-qlo ini menjadikan suhu rumah lebih sejuk.

Kami memilih warna green grape  dan classic silk ( pearl cream) untuk ruang tamu rumah dan warna ashley pink (dusty pink) untuk dapur. Mind set sesetengah orang cat NIPPON ni mesti mahal, sebenarnya tidaklah mahal sangat harga 5 liter green grape ialah rm98, classic silk rm95 dan ashley pink rm92. Pada saya harganya agak berbaloi kerana kualiti cat ini agak baik dan memuaskan.

Cat2 ini ialah cat air oleh itu xperlu risau sekiranya terkena pada tangan, kaki, lantai dll kerana anda hanya perlu cuci dengan air sahaja.

Berikut adalah gambar dinding ruang tamu saya dan jenis cat yang saya guna. Wassalam..






Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

1 comments:

nuraz said...

Akk jumpe blog wa..saje survey2 cat ruang tamu..tgk2 blog wa

Post a Comment