Sunday, July 8, 2012

Udang 3 rasa bujang style

Walupun saya ni dah kawin tapi bukanlah pandai sangat bab2 masak memasaknie..dah kawin nielah baru berjinak2 nak blaja masak2, jadi harinie nak share resepi yang simple sangat iaitu udang 3 rasa.

Bahan- bahan :-

Udang 15-20 ekor
1 biji bawang besar -dihiris
3 ulas bawang putih- dihiris
1 camca cili boh
Sos cili- secukup rasa
Sos tomato- secukup rasa
Sos tiram- secukup rasa
Nenas - dalam tin je senang, dipotong kecil2
Timun
Garam & gula - secukup rasa

Cara memasak :-

Gaul udang dengan kunyit dan garam.
Goreng udang sehingga kemerah-merahan. Asingkan.
Tumis cili boh sehingga pecah minyak.
Tumis bawang putih, bawang merah, masukkan semua jenis sos,nenas dan timun.
Masukkan garam dan gula

Tuangkan sos keatas udang dan hidangkan. Resepi ini sesuai untuk dimakan oleh 3-4 orang.

***kalau nak lagi sedap masukkan cupsicum atau cili benggala merah dan hijau.

Ni gamba resepi udang 3 rasa yang saya masak..simple2je..selamat mencuba.wassalam




Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Post a Comment