Thursday, July 12, 2012

Proses tukar nama TNB dan SYABAS

12.7.2012 :- alhamdulillah proses beli rumahku dah selesai. Semalam secara rasminya dah dapat kunci rumah. Langkah seterusnya yang perlu saya lakukan ialah proses tukar nama untuk segala jenis bil seperti bil elektrik, bil air dan indah water.

Kebetulan arini ada masa lebih baik settlekan secepat mungkin.lagipun, kene selesaikan dalam tempoh 7 hari setelah owner lama potong nama. Bagi yang duduk daerah klang bolehlah melakukan proses tukar nama di pejabat TNB yang berhampiran dengsn klang parade tu.antara land mark yang boleh saya berikan ialah pejabat TNB tu yang sederet dengan PANTAI, PERODUA dan berhadapan dengan SEKOLAH HIGH SCHOOL KLANG. Procedure nak tukar nama nie senangje bawak salinan s&p, stanby duit deposit macam kes saya rumah teres 2 tingkat rm240...pastu kalau tidak silap saya kalau rumah flat rm180. Jangan lupa salinan ic pemohon dan setem hasil rm 10 nak 2 keping. Setem hasil nie haruslah yang telah di stamping di pejabat Hasil Dalam Negeri (LHDN) tapi jangan risau kalau malas nak pergi LHDN dekat TNB tu pon ada juga dijual cume markup sikit lebih rm2 jadinya rm 12 setiap satu. Proses nak tukar nama nie sekejapje, perkhidmatan pon cemerlang so xperlu tunggu lama2 isi borang, buat bayaran..settle.

Seterusnya, proses tukar nama di SYABAS. Sama juga macam nak tukar nama di TNB isi borang, serahkan salinan ic, salinan s&p, sediakan deposit dalam kes saya rm100 tapi xpastilah SYABAS ni charges die berbeza2 atau samaje, cuma soalan yang diajukan pada saya ketika itu cuma petugas kaunter tanya samaada meter air ada lagi atau tidak. Mungkin jika meter ada lagi mungkin bayarannya kurang sikit..mungkinla,wallahualam..Perkhidmatan yang disediakan juga tip top,  xperlu tunggu lama, sekejapje dah settle semua. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan.

Lupe pula nak maklumkan, proses tukar nama di TNB akan dikenakan bayaran proses sebanyak rm3.  Manakala proses tukar nama di SYABAS akan dikenakan bayaran rm30..

Diharapkan maklumat ini dapat membantu sesiapa sahaja yang mungkin akan melakukan proses pertukaran nama ini..wasalam



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Post a Comment