Tuesday, July 10, 2012

Penyakit tangan,kaki dan mulut

10.7.2012 :- assalamualaikum...tetibeje teringat nak post entry ni sebab baru beberape hari yang lepas menjadi kotak luahan perasaan seorang teman sekerja. Kesian sangat die cite taska anak die terpaksa ditutup selama 10 hari kerana terdapat kes penyakit tangan, kaki dan mulut ini telah menjangkiti 3 orang kanak2. Haru biru sikitlah kehidupan beliau dan suami kerana nak fikirkan kat mana nak ditempatkan anak2 beliau sementara taska ditutup. Last2 terpaksa cutilah jawapnya.

Untuk pengetahuan semua, penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan enterovirus yang biasanya menjangkiti kanak2 dibawah umur 5 tahun.

Penyakit ini dijangkiti melalui sentuhan secara langsung dengan pesakit melalui air liur,najis dan hingus pesakit. Kebanyakan kes tidak serius. Namun begitu, terdapat juga kes2 yang serius yang melibatkan sistem saraf dan jantung.

Antara tanda & gejala penyakit
* ruam dan lepuh dikawasan tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
*ulser tekak dan mulut
*demam
*sakit kepala
*hilang selera makan

Sekiranya anak anda mengalami simpton2 seperti yang dinyatakan segeralah membawa anak anda berjumpa doktor dan jangan menghantar anak ke tadika serta sentiasalah lap lelehan mulut & hidung dengan tisu @ sapu tangan.

Langkah2 pencegahan
*cuci tangan dengan sabun & air bersih
*tutup mulut & hidung apabila bersin
*elakkan berkongsi barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan dan tuala
*cuci dan disinfek barang mainan, kerusi,lantai dll

Sekian,wasalam






Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Post a Comment