Thursday, July 12, 2012

Proses tukar nama TNB dan SYABAS

12.7.2012 :- alhamdulillah proses beli rumahku dah selesai. Semalam secara rasminya dah dapat kunci rumah. Langkah seterusnya yang perlu saya lakukan ialah proses tukar nama untuk segala jenis bil seperti bil elektrik, bil air dan indah water.

Kebetulan arini ada masa lebih baik settlekan secepat mungkin.lagipun, kene selesaikan dalam tempoh 7 hari setelah owner lama potong nama. Bagi yang duduk daerah klang bolehlah melakukan proses tukar nama di pejabat TNB yang berhampiran dengsn klang parade tu.antara land mark yang boleh saya berikan ialah pejabat TNB tu yang sederet dengan PANTAI, PERODUA dan berhadapan dengan SEKOLAH HIGH SCHOOL KLANG. Procedure nak tukar nama nie senangje bawak salinan s&p, stanby duit deposit macam kes saya rumah teres 2 tingkat rm240...pastu kalau tidak silap saya kalau rumah flat rm180. Jangan lupa salinan ic pemohon dan setem hasil rm 10 nak 2 keping. Setem hasil nie haruslah yang telah di stamping di pejabat Hasil Dalam Negeri (LHDN) tapi jangan risau kalau malas nak pergi LHDN dekat TNB tu pon ada juga dijual cume markup sikit lebih rm2 jadinya rm 12 setiap satu. Proses nak tukar nama nie sekejapje, perkhidmatan pon cemerlang so xperlu tunggu lama2 isi borang, buat bayaran..settle.

Seterusnya, proses tukar nama di SYABAS. Sama juga macam nak tukar nama di TNB isi borang, serahkan salinan ic, salinan s&p, sediakan deposit dalam kes saya rm100 tapi xpastilah SYABAS ni charges die berbeza2 atau samaje, cuma soalan yang diajukan pada saya ketika itu cuma petugas kaunter tanya samaada meter air ada lagi atau tidak. Mungkin jika meter ada lagi mungkin bayarannya kurang sikit..mungkinla,wallahualam..Perkhidmatan yang disediakan juga tip top,  xperlu tunggu lama, sekejapje dah settle semua. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan.

Lupe pula nak maklumkan, proses tukar nama di TNB akan dikenakan bayaran proses sebanyak rm3.  Manakala proses tukar nama di SYABAS akan dikenakan bayaran rm30..

Diharapkan maklumat ini dapat membantu sesiapa sahaja yang mungkin akan melakukan proses pertukaran nama ini..wasalam



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Tuesday, July 10, 2012

Penyakit tangan,kaki dan mulut

10.7.2012 :- assalamualaikum...tetibeje teringat nak post entry ni sebab baru beberape hari yang lepas menjadi kotak luahan perasaan seorang teman sekerja. Kesian sangat die cite taska anak die terpaksa ditutup selama 10 hari kerana terdapat kes penyakit tangan, kaki dan mulut ini telah menjangkiti 3 orang kanak2. Haru biru sikitlah kehidupan beliau dan suami kerana nak fikirkan kat mana nak ditempatkan anak2 beliau sementara taska ditutup. Last2 terpaksa cutilah jawapnya.

Untuk pengetahuan semua, penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan enterovirus yang biasanya menjangkiti kanak2 dibawah umur 5 tahun.

Penyakit ini dijangkiti melalui sentuhan secara langsung dengan pesakit melalui air liur,najis dan hingus pesakit. Kebanyakan kes tidak serius. Namun begitu, terdapat juga kes2 yang serius yang melibatkan sistem saraf dan jantung.

Antara tanda & gejala penyakit
* ruam dan lepuh dikawasan tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
*ulser tekak dan mulut
*demam
*sakit kepala
*hilang selera makan

Sekiranya anak anda mengalami simpton2 seperti yang dinyatakan segeralah membawa anak anda berjumpa doktor dan jangan menghantar anak ke tadika serta sentiasalah lap lelehan mulut & hidung dengan tisu @ sapu tangan.

Langkah2 pencegahan
*cuci tangan dengan sabun & air bersih
*tutup mulut & hidung apabila bersin
*elakkan berkongsi barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan dan tuala
*cuci dan disinfek barang mainan, kerusi,lantai dll

Sekian,wasalam






Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Ape kene dengan link follower aku nie?????

Tolon...tolon...tolon...kalau xde membe yg inform die xdpt jd follower ak setelah beberape kali mencuba nasib but still xleh jadi follower ak...mesti sampai bile2 pon ak xtau yang link follower to prob..ape nak buatnie????xretila nak mengadjustkan balik.tolo...tolon...tolon....sape yang pandai nie i need some help here..need usefull advice..need air plz..xbenapas..xpandaila...gawat nie...

Bukanlah masalah besar sangat nie tapi nak tau jugak perkembangan semasa kalau2 ada yang hendak jadi follower tapi ada kesukaran nak join.yelah dari follower2 nielah saya boleh memperbaiki kekurangan dan kelemahan blog nie...sob..sob..sob...



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Sunday, July 8, 2012

Avent2 ku

9.7.2012 :- entry arini nak story mory pasal produk baby iaitu produk avent..jenama avent mmg byk rangkaian product line antaranya botol susu (feeding bottle), teat, pacifier,teether, traning cup, sehinggalah ke berus botol.

Sebenarnya avent ni xla mahal sgt..nak tau x kat mane nak dapat produk avent nie dengan harga yang murah bolehla search fb :- Nuriz Syar ataupun website KC Dream..saya mmg pembeli tegar on9..yelah buat ape nak beli produk yang mahal2 kat kedai sedangkan kite boleh dapat the same product with the same quality but with cheaper price.betul x?memangla ade risiko yang harus ditanggung seperti barang yang dioder tidak same dengan barang yang diterima, ataupun terlewat terima barang dari tarikh atau masa yang dijanjikan ataupun tidak terima barang langsung..dalam kes2 macam nie pembeli on9 ni boleh report polis sebab ada 1 unit khas yang ditugaskan khas mencegah sekaligus membanteras aktiviti penipuan on9 nie..atau ada duit lebih dan bukti mencukupi bolehlah bawak kes ke tribunal pengguna..tapi insyaallah NURIZ SYAR & KC DREAM ni saya jamin tidak menipu..

Kita berbalik kepada produk avent nie..termelalut plak..saya nak tekankan pada botol susu avent. Botol susu avent ni ada 2 jenis botol. Pertama jenis PP ( polypropylene) dimana jenis yang  PP ni lembut sikit dan ada adapter ring dan terdapat 3 jenis warna iaitu putih ( yang biasalah), merah jambu (special edition) dan biru (special edition) dan yang kedua jenis honey tinted dimana botolnya mcm glass tapi bukanlah glass betul2 yang boleh pecah tu, cuma die keras sikit dari jenis PP. Botol susu nie ada yg 4oz, 9oz dan 11oz.

Seterusnya nak cite mengenai fungsi adapter ring. Seperti yang saya terangkan awal tadi adapter ring hanya ada pada botol PP sahaja. Adapter ring dan puting susu avent bertindak sebagai satu sistem yang dikenali sebagai anti-colic iaitu 1 sistem yang berfungsi menghalang bayi dari kembung perut. Tambahan pula, seperti menyusui susu ibu bayi yang akan control flow susu tersebut. Dan yang paling penting haruslah botol nie bpa free.

Gambar nie my lil princes punyer botol susu dan jugak training cup




Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Udang 3 rasa bujang style

Walupun saya ni dah kawin tapi bukanlah pandai sangat bab2 masak memasaknie..dah kawin nielah baru berjinak2 nak blaja masak2, jadi harinie nak share resepi yang simple sangat iaitu udang 3 rasa.

Bahan- bahan :-

Udang 15-20 ekor
1 biji bawang besar -dihiris
3 ulas bawang putih- dihiris
1 camca cili boh
Sos cili- secukup rasa
Sos tomato- secukup rasa
Sos tiram- secukup rasa
Nenas - dalam tin je senang, dipotong kecil2
Timun
Garam & gula - secukup rasa

Cara memasak :-

Gaul udang dengan kunyit dan garam.
Goreng udang sehingga kemerah-merahan. Asingkan.
Tumis cili boh sehingga pecah minyak.
Tumis bawang putih, bawang merah, masukkan semua jenis sos,nenas dan timun.
Masukkan garam dan gula

Tuangkan sos keatas udang dan hidangkan. Resepi ini sesuai untuk dimakan oleh 3-4 orang.

***kalau nak lagi sedap masukkan cupsicum atau cili benggala merah dan hijau.

Ni gamba resepi udang 3 rasa yang saya masak..simple2je..selamat mencuba.wassalam




Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Tuesday, July 3, 2012

Order2 yang dah siap...thnx to all my lovely customer

4.7.2012 :- assalamualaikum.. Sy nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua customer saya..kerana anda semuala sy terus melangkah setapak lagi mengeluarkan hasil ciptaan yang terbaru iaitu casing telefon dan name tag untuk G tab, i-pad dan yang sewaktu dengannya..

Saya berharap dapat terus memberi yang terbaik untuk anda semua dan kepada sesiapa yang berminat bolehla melayari facebook cari feltheadband@yahoo.com..banyak lagi pilihan yang ada dari headband baby, casing telefon, brooch sehinggala pencil case pon kami ada

Selamat menjamu mata...wasalam








Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Sunday, July 1, 2012

Jalan2 ke Zoo Negara

3.7.2012:-  Assalamualaikum..memandangkan en.suami dah tido awal sbb nak bangun 2.45pagi tengok bola euro spain vs itali dan si kecil pon dah tdo penat berjalan seharian bolelah tulis entry untuk hari ni..

Arini nak cite pasal keadaan,suasana dan panorama2 yg ada di Zoo Negara sbb siang tadi baru je jalan2 kesana bersama anak kecilku dan suami tercinta.

Mule2 haruslah cite pasal tempat parking keteyer..jangan risau tempat parking insyaallah banyak.setiap 3 jam pertama dikenakan cas rm5.50 dan jam seterusnya rm1..tapi percayalah 3jam adalah satu tempoh yang sangat memadai..sempatla nak melawat semua tempat,bergambar,makan2 dan sebagainya.

Manakala tiket masuknya rm20 bagi dewasa dan rm10 bagi kanak2..tp harga xtermasuk taman serangga dan taman rama2.kalau nak masuk jg harga tiket + rm5..visiting hours is from 9am to 5pm.tapi selepas pukul 4.30pm semua haiwan akan dimasukkan semula kedalam kandang.

Bagi orang dewasa mungkin biase jela pergi zoo.tapi cuba kita letakkan diri kita kat tempat anak2 kita ataupun kali pertama nak datang zoo nie contohyer mase rombongan tadika ke zoo..amboi!! Time tu bukan main seronok kite.betul x?memang seronok sebenaryer pergi zoo nie memang kekadang ade bau2an harum yang menerjah tah dari mane..tapi yela namwnyer pon zoo.kalau nak wangi2 pegila perfume shop..huhu

Kat zoo ni ada perkhidmatan zoo tram@ ketapi bergerak..nak naik baya tau..bukan free2.xmahal rm3 sorangje..mmg xmahal tapi sy dan suami xnaik pon..saje nak jalan2 sendri.menikmati keindahan alamla kononnyer.

Macam2 haiwan yang ada kat zoo nie contohnyer siamang,memerang,bear, sladang india,tapir@ cipan,zirafah,taman burung, gajah dll..jangan risau kalau jalan kaki kalau dahaga atau perut berkeroncong ada bykje gerai2 yang menjual beraneka jenis makanan dan minuman. Dan part yang paling bes,ada 2 tempat rehat yang beraircon,xtaula kalau ada lebih tapi hasil dari pemerhatian saya ada dua jela satu dekat dengan taman burung dan satu dekat dengan tempat gajah dan zirafah. Dan part yang paling x bes nak bagi gajah makan tebu pon kene bayar untuk tebu tersebut rm3..dahla pendekje tebunyer..xtaula bagi para pembaca skalian, tapi bagi saya mahalla nak beli tebu yang dikerat2  tu pon kne baya rm3, bkn kte yg makan pon...padahal mse entrancekan dah baya rm20 sorang..ermmm seb bek toilet free n bersih..

So kalau senang2 bolehla bawak anak2 dn keluarga berkunjung ke zoo negara..xrugi pon malah dapat menimba ilmu dan pengalaman baru buat anak2..sekian,wasalam












Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO