Saturday, June 30, 2012

FishTAil..

 
30.6.2012:-  Hari ini nk cite pasal fish tail..ape yg korang tau psl fish tail..fish tail tu yg qekor ikan tu ker?kalau nak translate from BI to BM mmgla ekor ikan..


kalau dulu fish tail ni cukup popular dikalangan makeup artis ataupun mak andam..pernah dengar x fish tail braid?? ianya juga dikenali sebagai herringbone ataupun fishbone braid..senang cite dalam bahasa yg mudah difahami tocang atau tocang lipan..

                                                     ni gamba fergie buat fishtail hair style...



Sebenaryer ape nak saya fokus disini sekarang nie sebenaryer tentang fesyen dress fishtail dan skirt fishtail yang sedang berleluasa sekarang nie..kalau dulu,baju2 yg design fishtail nie biasaya wedding dress..tp sekarang sudah jadi fensyen yang boleh dipakai kemana sahaja kepejabat mahupun bergaya santai apatah lagi untuk majlis2 coktail..baru2 ni pon Wanita Hari Ini TV3  ada rencana pasal fesyen dress fishtail nie..

Nak tau x dress n skirt fishtail nie cammne? viewla kat entry seterusnya..
harap2 dapat berkongsi ilmu dgn para pembaca sekalian..wasalam..




sexy skirt fishtail nie sesuai pergi dinner





short skirt fishtail nie sesuai ke majlis coktail
  





skirt fishtail sesuai untuk majlis formal atau kasual





ini fishtail top sesuai bagi yang bertudung        









Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Whi :- tudung bawal kembali

2.7.2012 :- rancangan wanita hari ini lately banyak menceritakan tentang trend2 terkini yang dapat memberi infomasi yang sangat berguna bagi pengemar fesyen seperti saya..

Yang terbaru hari ini Whi menceritakan tentang trend tudung bawal yang kembali menyengat dengan corak dan warna yang lebih fresh.. Tetamu jemputan pada hari ini adalah blogger aida yang mengeluarkan tudung rekaannya sendiri. Beliau merupakan penggemar tegar tudung bawal sehingga mampu menghasilkan rekaan sendiri..kalau para pembaca nak melihat2 tudung yang dijual oleh blogger aida ni bolehla melayari facebook search CITRAIDA pasti jumpa..walaubagaimanapun, ianya tidak terhad dengan tudung bawal sahaja..menurut aida lagi raya nanti beliau akan menambah pelbagai koleksi baru bagi menceriakan pagi raya anda..selain itu, blogger aida juga pernah masuk dalam paper harian metro.. So jom kite klik "LIKE" kat facebook die..wasalam





Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Friday, June 29, 2012

Kelebihan daun bidara dalam perubatan islam

assalamualaikum..kelmarin ade sorang kawan sy ni mintak tolong carikan daun bidara untuk berubat mengikut cara perubatan islam..Pada mulanya susah nak percaya kot2la temanku itu ditipu..al maklumla zaman sekarang orang akan sentiasa mrngambil kesempatan diatas kesempitan orang lain.tapi last2 die kate die pergi darul syifa'..oooo nape xckp awal2.darul syifa' tu insyaalah betul dan tidak terpesong amalannye..

nak dipendekkan cerita,aku pon balik kampung mertua yang terletak kira2 20minit perjalanan dari rumahku..sampai2 saja aku tayerkan ayah mertuaku mengenai daun tersebut terusje die mengarahkan suamiku pergi memetik daun tersebut yang terletak disebelah rumahya sahaja...kata ayah mertuaku daun ni ade yang panggil timun jepun,ade pula yang panggil fatimah..xkisahla yang penting dah dapat daunni..xperlula temanku itu minta dari makcik sedara die kot yang duk kat terengganu minta diposkan daun ni..mauyer layu dlm van kurier tuu...xsaba raseyer nak bagi daunni kat die..alhamdulillah boleh tolong org lain.sronokjer raseyer..


dalil yang menyatakan daun bidara beserta rukyah dapat mengubati sihir dan gangguan jin. Ibnu katsir dalam huraianya apabila menafsir surah al baqarah ayat 102 mengenai syaitan yang memfitnah nabi Allah sulaiman a.s. bahawa beliau menggunakan sihir dan bukan mukjizat meriwayatkan bahawa :

Al Qurtubi menceritakan daripada wahab untuk mengubati sihir diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus dan dicampur air lalu dibacakan ayat kursi dan diberi minum kepada orang yang terkena sihir 3 kali teguk dan baki airnya digunakan untuk mandi.insyaalah akan hilang sihirnya dengan kehendak Allah s.w.t dan jangan lupa dibaca qul a'zubil falak dan qul a'zubirabbinnas beserta ayat kursi..ayat2 ini mampu menghalau syaitan..

kita harus berusaha mengubati penyakit yang datang.smuanya ujian dari Allah untuk hambanya..sebagai hambanya kita haruslah redha dengan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah.semuanya sudah tertulis dalam luh mahfuz..tapi Allah juga tidak suka akan hambanya yang berserah sahaja.oleh itu kita tidak harus berputus asa sekiranya ditimpa penyakit..jika cara moden tidak berkesan,kita cuba cara tradisional.asalkan setiap usaha kearah proses penyembuhan itu janganla sehingga menyebabkan kita melanggar hukum Allah sehingga terpesong akidah kita.sesungguhnya Allh telah menetapkan semua penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati...wasalam..


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

kEmBaLi BerAkSi

hari ni 30 jun..dah lame sgt meninggalksn blog ku ini..niat dihati selepad ni nak aktif semula berblog..sepanjang meninggalkan blog ni mcm2 perkara yang terjadi dalam kehidupan realiti ku yg hendak dikongsi bersama pembaca2 yg sudi menjengah ke blog ku ini..oleh itu..teruskan membaca post2 ku yg seterusnya..wasalam



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO